Thursday, June 20, 2013

Mama Ilham and Shaklee

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dah lama mama Ilham tak update blog. Putaran masa terlalu pantas berlalu. Sekarang Ilham dah ada adik, dah masuk 7 bulan dah. Nama si adik Wan Syaafiyah Jameelah. Memiliki dua anak kini agak meletihkan. Lepas je habis berpantang anak kedua, badan masih rasa lemah dan tak bermaya. Rasa cepat sangat letih. Malam-malam si adik minta nak menyusu, siang hari nak kena layan aktiviti abang long yang semakin aktif. So, mama Ilham ni pun decide nak cari supplementyang dapat membantu meningkatkan tenaga untuk menguruskan suami, anak-anak dan urusan rumahtangga and at the same time decide ambil supplement for future. Supplement is not "ubat". Ia adalah "makanan tambahan" untuk menampung keperluan nutrisi yang kadang-kadang tidak dapat diambil dengan sepenuhnya melalui makanan harian yang diambil dan dimasak.

Then cari punyai cari, kaji punya kaji, mama Ilham pilih untuk mencuba produk Shaklee. kenapa?
1. Of course, dia halal. mendapat sijil halal daripada Islamic Certificate of America(ICA) dan diiktiraf oleh JAKIM. yang ini confirm sbb dah tanye dengan pegawai halal Jakim yg merupakan kawan kepada my husband.
2. It is always safe and Shaklee has been over 50 years over the world. The product is 100% natural and not a synthetic supplement. which is penghasilannya menggunakan ekstrak daripada sumber yang asli.
3. 3 moto dalam penghasilan produk Shaklee, "Always Safe, Always Green and Always Work"

Okla cukup dulu mama Ilham cerita intro about shaklee ni.
Saya sendiri telah menggunakan produk shaklee ni, bermula dengan pengambilan B -Complex and ESP(Energising Soy Protein) and alhamdulillah it works on me and others.

Bagi sesiapa yang berminat dan sedang berfikir-fikir untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik, saya syorkan you guys kat luar sana untuk cuba produk Shaklee. " Anda sihat, keluarga sihat"

Bagi yang berminat, 
anda boleh PM di facebook(Maisarah Yusoff)/Whatsapp/Msg/Call @ 019-3859665.
Saya berpusat di Tronoh, so boleh COD area Ipoh, Tronoh, Seri Iskandar, Batu Gajah. If jauh2 tu Encik Posmen ade boleh tolong hantarkan..=)

 Shaklee Corporation
Your Independent Shaklee Distributor,
ID-934102

Wednesday, January 18, 2012

Tips sbg pengurus keluarga...

Ahlan wa sahlan..

Entri kali ni nak berkongsi bersama para ibu sekalian a.k.a pengurus keluarga (pengurus suami dan anak-anak) mengenai satu tips, iaitu tip yang memudahkan para isteri menggosok kerja baju suaminya. nampak macam remeh, tp tak salah rase nya kalau sy nk berkongsi , mane tahu ia berguna buat para ibu di luar sana. sejak mula berkahwin ,everyday sy seronok dpt menjalankan salah satu tugas sbg seorg isteri iaitu menggosok baju kerja suami. Alhamdulillah suami mmg bukan seorg yg cerewet , sampai line bahu tu nk kena tajam mcm pisau. bagi dia, asal kemas dan bergosok, dah ok. mula2 nk gosok baju kemeja lelaki ni sy dapati part nk gosok tang bahu tu agak payah sikit, payah nk jadikan dia licin. sampaila sy jumpe tips ni masa tgk rancangan bual bicara Assalamualaikum di tv alhijrah. ada sorang akak ni , tauke kedai dobi, dia share cara yg bg sy agak berguna.

cara dia, first, gosok dulu bahagian leher macam biasa.

then lipat di bahagian bahu seperti pada gambar 2, kemudian terus gosok. insyaallah licin la di bahagian tersebut. lepas tu terus la sambung gosok bahagian yg lain pulak. senang kan..



Gambar 1- bahagian bahu yg hendak digosok

Gambar 2-sebelum gosok, lipat bahagian bahu tersebut spt di atas..

kemudian, gosok...

selamat mencube..=)

berblog sambil layan bdk cute ni makan choc fudge secret recipe...

Senyumlah..=)



Ahlan wa sahlan..kenapa tajuk entry kali ni saya suruh diri saya dan sahabat2 senyum?sebabnya, sekarang saya tengah cuba nak menghabiskan buku motivasi bertajuk, Senyumlah, karya saudara Syed Alwi Alatas terbitan Galeri Ilmu. Yes, i have to finish it , and if i can, i want to re-read it again and again. buku ini sgt bagus sbb ia menfokuskan kuasa sesebuah tindak balas terhadap permasalahan hidup yg kita hadapi sehari-hari.

saya percaya semua org punya masalah. tetapi yg menjadikan sesuatu masalah yang sebenarnya kadang2 kecil menjadi besar adalah cara diri kita sendiri bertindakbalas terhadap masalah tersebut. mmg mudah hendak bercakap, walhal berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. apa yg cuba sy nyatakan di sini adalah nasihat buat diri sy sendiri yg kadang-kadang tidak dapat bertindak rasional terhadap sesuatu masalah yg dihadapi. kadang2 dek terlalu mengikut emosi, takde masalah dikatakannya satu masalah. yakin pada kekuatan sendiri, ubah kelemahan menjadi kekuatan, tingkatkan keimanan dan sentiasa berfikiran positif. then you will find out how to solve the problem, not keep asking why i have to face this problem. sebabnya bila kita tidak cuba belajar untuk bertindakbalas secara positif dan rasional terhadap sesuatu masalah, kita akan melihat setiap apa yg terjadi pada diri kita semuanya adalah masalah.



contohnya, bila kita masih menganggur, kita katakan satu masalah sbb belum ada kerja. boring tak tahu nak buat ape., byk sgt masa kosong. then bila kita dah bekerja, sibuk, kita akan kata tak cukup masa utk buat benda lain sbb terlalu sibuk dgn kerja lantas terdetik dlm hati, bestnya kalau tak kerja, byk masa boleh jaga anak 24 jam.


so sebenarnya kita sendiri harus melihat sesuatu yg ada pada kita sekarang adalah peluang dan bukan masalah. ia , contoh yg sy bagi mungkin nampak kecil. mcm mana dgn mereka yg diuji dgn ujian kematian insan tersayang?masalah kesihatan yg serius. bg sy di situ, tingkatkan keyakinan dan keimanan kita pada Allah utk menghadapi saat2 sukar itu.


sy kongsikan di sini bukan utk mengatakan yg sy seorang yg positif, yg pandai bertindak balas terhadap masalah. the real is, im the other side. so THIS is for me. sbb bila mana sy rasa resah, sy kena baca balik tulisan sy ini, dan mengingatkan diri betapa sy boleh sepositif ini untk berkata-kata spt ini. and tak salah ras
anya sy cuba kongsikan pada mereka yg sdg membaca.
maaf kalau ada yg tidak setuju, tp itu kehendak masing2 utk bertindak balas. da...da...senyum =)
Senyum..sgt susah ini budak mau senyum depan kamera

Monday, June 6, 2011

Perkembangan Ilham

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, 6 Jun 2011 Ilham sudah genap 9 bulan. kalau ikutkan Ilham baru 8 bulan. sebab Ilham lahir semasa 36 minggu di dalam kandungan.

"If your baby was
born prematurely (before 37 weeks of pregnancy) you'll probably find that he needs more time before he can do the same things as other babies his age. That's why most babies born prematurely are given two ages by their doctors:

  • Chronological age, which is calculated from your baby's date of birth.
  • Corrected age, which is calculated from your baby's due date.

You should measure your premature baby's development against his corrected age, not his actual date of birth. Health professionals will assess your premature baby's development from the time he should have been born, and evaluate his skills accordingly.(source:babycenter.co.uk)

Bila baca artikel tersebut, saya begitu yakin sekali yang saya tidak perlu membandingkan perkembangan anak sy dengan baby yg lain. Ianya sgt normal utk membandingkan perkembangan anak kita dgn baby yg lain. Tapi sebenarnya as a mother, kita sgt perlu yakin dgn kebolehan anak kita sendiri. Abaikan kata-kata yg boleh melemahkan semangat kita sbb we should know and believe our child better. Sgt seronok sebenarnya tgk perkembangan anak kita dgn caranya tersendiri. As for Ilham sebenarnya dah banyak yg dia dah buat,contohnya

1. Ilham sgt laju mengensot, sekarang adalah fasa ilham nak merangkak dan duduk dgn sendiri..
2. Ilham dah angkat2 punggung nak merangkak but lepas satu dua langkah dia jatuh balik..tgh fikir cara nak stabilkan diri. go for it my dear son, mama and abi will always support you..
3.Satu yg sy perhatikan, ilham agak peramah orgnya, dia akan menjerit "ahh" menegur org. byk bercakap esp sebut aaa bah..aaa bah...comel la anak mama ni..
4. separation of anxiety dia mmg sgt tinggi sikit esp bila mama dia yg tinggalkan,,kalau tak kne mood dia akan menangis bila ditinggalkan, kalau mood dia ok, tertoleh-toleh tgk mama dia buat kerja.
5.nampak macam sgt manja, tp dia sgt aktif, ..semua benda nak di capai , nak di masukkan dalam mulut-part masuk dalam mulut ni yg seriau sikit.mmg kena perhatikan barang yg dicapai oleh baby, esp barang yg kecil dan tajam, (Ilham pernah termasukkan rubber band dlm mulut dia)

Ilham, mama tulis semua ini utk rujukan mama pada masa hadapan esp bila ilham dah besar, mama will still remember to tell you all those things. dan juga utk ibu-ibu yg mungkin melahirkan anaknya prematurely,.yakin dgn kebolehan anak kita, yg paling penting jgnnnnn compare dgn anak org lain. nasihat utk diri sendiri.

as long as your baby's fine, active then its ok. nothing to worry about.

jumpa lagi ...

Thursday, June 2, 2011

DONT PUSH YOUR CHILD

Assalamualaikum, salam kembali pada pembaca yang sy hormati sekalian. Kenapa entry kali ini berbunyi seperti ini? Ini kerana peristiwa yg berlaku tanggal 23 Mei 2011 benaR-benar membuatkan sy berfikir kembali setiap satu kesilapan sy terhadap Ilham. Peristiwa bermula apabila fikiran sy terlalu berkecamuk memikirkan bagaimana sy hendak meletakkan Ilham di jagaan pengasuh apabila sy mula berkerja nanti setelah 8 bulan dia bersama sy 24 jam. Ramai org di sekeliling sy menasihatkan supaya sy melatih Ilham supaya membiasakan diri tatkala berenggang dgn sy kelak berdasarkan pengalaman mereka membesarkan anak-anak mereka. Disebabkan desakan yang terlalu kuat itu, sy menjadi terlalu goyah dan agak tertekan.

Jadi apa yang telah sy lakukan, sy seolah-olah cuba ‘mengajar’ Ilham saat ditinggalkan walau pada ketika itu sy masih ada di depan matanya. Agak tidak logic bunyinya bukan? Tapi itu yg telah berlaku dan ini yg dipersoalkan oleh suami sy tatkala sy menceritakn perbuatan sy itu. Apa yg sy telah lakukan? Secara umumnya sy telah mengubah secara drastik layanan sy terhadap Ilham seperti yg sebelum ini. Seperti contoh, sy membiarkan Ilham menangis di atas buaiannya ketika tidurnya terganggu pada kadar waktu yg agak lama sehingga berlinangan air matanya. Sy menahan diri dan perasaan utk tidak memujuknya ketika itu. Ini kerana pada saat itu sy memikirkan spy tindakan sy itu dpt ‘mengajar’ dia spy tidak terlalu bergantung pd sy utk memujuknya. Sebab sy terlalu memikirkan ‘is there someone who will treat you like this in nursery?. Ayat inilah yg telah sy bebelkan pada budak yang hanya baru berusia 8 bulan. Tanpa sy sedari tindakan sy itu telah membuatkan emosinya terganggu dan seluruh harinya berlalu dengan tangisan yg agak kerap. Dan hari sy juga berlalu dgn satu tekanan yg agak besar.

Setelah malam, apabila Ilham sudah masuk tidur, sy duduk dan berbincang dgn suami menceritakan segala tindakan sy pada waktu siangnya. Suami telah menyedarkan sy bahawa sy terlalu mendesaknya untuk menjadi apa yg sy harapkan. Boleh dikatakan sy agak ‘keras’ merubah layanan sy terhadapnya. Tidak salah utk sy mendidik dan mengajarnya demi kebaikan dia, tapi bukan dalam keadaan yg dipenuhi dgn perasaan amarah dan kurang sabar. Ia haruslah melalui satu proses yang perlahan-lahan dan penuh kesabaran. Saya harus memujuknya dengan kata-kata yg lembut walaupun tidak dpt difahaminya tetapi setiap pujukan yg dilafazkan harus disertai dgn tindakan yg boleh membuatkan dia faham apa yg sedang kita cuba lakukan. Dan apabila kita lihat dia mula kurang senang dgn sesuatu tindakan kita itu, pujuknya kembali dan lakukannya semula keesokan harinya supaya dia dapat memahaminya dgn perlahan-lahan.

Like what I have said in my entry, don’t ever push your child so hard. Make it slowly and lovely. Itu yg dapat sy simpulkan. Yang mana ibu-ibu muda sekalian, especially ME, please be patient..be patient and be patient always. Dan mulakan hari anda bersama anak anak dengan senyuman dan tanpa tekanan. Hasilnya hari anda akan berakhir dgn jayanya dan penuh senyuman. sekian , jumpa lagi =)

biarkan anak-anak meneroka alam ini dgn gembira

LIFE AS A MOTHER


Ketika saya mula menulis entry pertama ini, hati sangat membuak-buak untuk menulis. Hasrat di hati untuk menulis sudah lama dirasai sebelum ini tapi keadaan pada waktu itu sangat tidak mengizinkan. Suami juga susah lama mencadangkan supaya saya menulis sesuatu untuk diluahkn apabila setiap kali dia yg menjadi tempat luahan perasaan saya. Akhirnya, peristiwa yang berlaku tanggal 23 Mei 2011 telah membuatkan saya benar-benar tekad untuk mencoretkan sesuatu. Kenapa sy ingin menulis?

Pertama supaya apa yang dicoretkan ini akan menjadi satu pengajaran buat saya pada masa hadapan daripada setiap peristiwa yg berlaku di sepanjang perjalanan sy menjadi seorang ibu.

Keduanya, bukan hanya sekadar luahan perasaan tetapi lebih kepada muhasabah diri kepada setiap perlakuan sy samada baik atau buruk terhadap anak sy, Ilham.

Ketiga, mudah-mudahan coretan sy ini menjadi manfaat kepada setiap ibu yg membaca, spt mana sy juga kadang-kadang mengambil pengajaran drpd blogger ibu di luar sana.

Memang tidak dinafikan berlaku kejutan budaya atau culture shock semasa mula-mula sy bergelar seorang ibu. Perasaan gembira, sedih, marah, kurang sabar melanda diri ini di sepanjang 8 bulan menjaga Ilham. Alhamdulillah sy punya suami yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat ketika mana sy berasakan agak stress menjaga anak. Bohong kalau sy katakan sy tidak stress dalam menjaga Ilham. Banyak pengajaran dan ilmu baru yang sy pelajari sepanjang 8 bulan ini. Insyaallah sy akan sambung pada entry yang lain supaya lebih spesifik dan teratur. Sekian dulu pengenalan sy buat kali ini.