Wednesday, January 18, 2012

Tips sbg pengurus keluarga...

Ahlan wa sahlan..

Entri kali ni nak berkongsi bersama para ibu sekalian a.k.a pengurus keluarga (pengurus suami dan anak-anak) mengenai satu tips, iaitu tip yang memudahkan para isteri menggosok kerja baju suaminya. nampak macam remeh, tp tak salah rase nya kalau sy nk berkongsi , mane tahu ia berguna buat para ibu di luar sana. sejak mula berkahwin ,everyday sy seronok dpt menjalankan salah satu tugas sbg seorg isteri iaitu menggosok baju kerja suami. Alhamdulillah suami mmg bukan seorg yg cerewet , sampai line bahu tu nk kena tajam mcm pisau. bagi dia, asal kemas dan bergosok, dah ok. mula2 nk gosok baju kemeja lelaki ni sy dapati part nk gosok tang bahu tu agak payah sikit, payah nk jadikan dia licin. sampaila sy jumpe tips ni masa tgk rancangan bual bicara Assalamualaikum di tv alhijrah. ada sorang akak ni , tauke kedai dobi, dia share cara yg bg sy agak berguna.

cara dia, first, gosok dulu bahagian leher macam biasa.

then lipat di bahagian bahu seperti pada gambar 2, kemudian terus gosok. insyaallah licin la di bahagian tersebut. lepas tu terus la sambung gosok bahagian yg lain pulak. senang kan..



Gambar 1- bahagian bahu yg hendak digosok

Gambar 2-sebelum gosok, lipat bahagian bahu tersebut spt di atas..

kemudian, gosok...

selamat mencube..=)

berblog sambil layan bdk cute ni makan choc fudge secret recipe...

Senyumlah..=)



Ahlan wa sahlan..kenapa tajuk entry kali ni saya suruh diri saya dan sahabat2 senyum?sebabnya, sekarang saya tengah cuba nak menghabiskan buku motivasi bertajuk, Senyumlah, karya saudara Syed Alwi Alatas terbitan Galeri Ilmu. Yes, i have to finish it , and if i can, i want to re-read it again and again. buku ini sgt bagus sbb ia menfokuskan kuasa sesebuah tindak balas terhadap permasalahan hidup yg kita hadapi sehari-hari.

saya percaya semua org punya masalah. tetapi yg menjadikan sesuatu masalah yang sebenarnya kadang2 kecil menjadi besar adalah cara diri kita sendiri bertindakbalas terhadap masalah tersebut. mmg mudah hendak bercakap, walhal berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. apa yg cuba sy nyatakan di sini adalah nasihat buat diri sy sendiri yg kadang-kadang tidak dapat bertindak rasional terhadap sesuatu masalah yg dihadapi. kadang2 dek terlalu mengikut emosi, takde masalah dikatakannya satu masalah. yakin pada kekuatan sendiri, ubah kelemahan menjadi kekuatan, tingkatkan keimanan dan sentiasa berfikiran positif. then you will find out how to solve the problem, not keep asking why i have to face this problem. sebabnya bila kita tidak cuba belajar untuk bertindakbalas secara positif dan rasional terhadap sesuatu masalah, kita akan melihat setiap apa yg terjadi pada diri kita semuanya adalah masalah.



contohnya, bila kita masih menganggur, kita katakan satu masalah sbb belum ada kerja. boring tak tahu nak buat ape., byk sgt masa kosong. then bila kita dah bekerja, sibuk, kita akan kata tak cukup masa utk buat benda lain sbb terlalu sibuk dgn kerja lantas terdetik dlm hati, bestnya kalau tak kerja, byk masa boleh jaga anak 24 jam.


so sebenarnya kita sendiri harus melihat sesuatu yg ada pada kita sekarang adalah peluang dan bukan masalah. ia , contoh yg sy bagi mungkin nampak kecil. mcm mana dgn mereka yg diuji dgn ujian kematian insan tersayang?masalah kesihatan yg serius. bg sy di situ, tingkatkan keyakinan dan keimanan kita pada Allah utk menghadapi saat2 sukar itu.


sy kongsikan di sini bukan utk mengatakan yg sy seorang yg positif, yg pandai bertindak balas terhadap masalah. the real is, im the other side. so THIS is for me. sbb bila mana sy rasa resah, sy kena baca balik tulisan sy ini, dan mengingatkan diri betapa sy boleh sepositif ini untk berkata-kata spt ini. and tak salah ras
anya sy cuba kongsikan pada mereka yg sdg membaca.
maaf kalau ada yg tidak setuju, tp itu kehendak masing2 utk bertindak balas. da...da...senyum =)
Senyum..sgt susah ini budak mau senyum depan kamera