Monday, June 6, 2011

Perkembangan Ilham

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, 6 Jun 2011 Ilham sudah genap 9 bulan. kalau ikutkan Ilham baru 8 bulan. sebab Ilham lahir semasa 36 minggu di dalam kandungan.

"If your baby was
born prematurely (before 37 weeks of pregnancy) you'll probably find that he needs more time before he can do the same things as other babies his age. That's why most babies born prematurely are given two ages by their doctors:

  • Chronological age, which is calculated from your baby's date of birth.
  • Corrected age, which is calculated from your baby's due date.

You should measure your premature baby's development against his corrected age, not his actual date of birth. Health professionals will assess your premature baby's development from the time he should have been born, and evaluate his skills accordingly.(source:babycenter.co.uk)

Bila baca artikel tersebut, saya begitu yakin sekali yang saya tidak perlu membandingkan perkembangan anak sy dengan baby yg lain. Ianya sgt normal utk membandingkan perkembangan anak kita dgn baby yg lain. Tapi sebenarnya as a mother, kita sgt perlu yakin dgn kebolehan anak kita sendiri. Abaikan kata-kata yg boleh melemahkan semangat kita sbb we should know and believe our child better. Sgt seronok sebenarnya tgk perkembangan anak kita dgn caranya tersendiri. As for Ilham sebenarnya dah banyak yg dia dah buat,contohnya

1. Ilham sgt laju mengensot, sekarang adalah fasa ilham nak merangkak dan duduk dgn sendiri..
2. Ilham dah angkat2 punggung nak merangkak but lepas satu dua langkah dia jatuh balik..tgh fikir cara nak stabilkan diri. go for it my dear son, mama and abi will always support you..
3.Satu yg sy perhatikan, ilham agak peramah orgnya, dia akan menjerit "ahh" menegur org. byk bercakap esp sebut aaa bah..aaa bah...comel la anak mama ni..
4. separation of anxiety dia mmg sgt tinggi sikit esp bila mama dia yg tinggalkan,,kalau tak kne mood dia akan menangis bila ditinggalkan, kalau mood dia ok, tertoleh-toleh tgk mama dia buat kerja.
5.nampak macam sgt manja, tp dia sgt aktif, ..semua benda nak di capai , nak di masukkan dalam mulut-part masuk dalam mulut ni yg seriau sikit.mmg kena perhatikan barang yg dicapai oleh baby, esp barang yg kecil dan tajam, (Ilham pernah termasukkan rubber band dlm mulut dia)

Ilham, mama tulis semua ini utk rujukan mama pada masa hadapan esp bila ilham dah besar, mama will still remember to tell you all those things. dan juga utk ibu-ibu yg mungkin melahirkan anaknya prematurely,.yakin dgn kebolehan anak kita, yg paling penting jgnnnnn compare dgn anak org lain. nasihat utk diri sendiri.

as long as your baby's fine, active then its ok. nothing to worry about.

jumpa lagi ...

Thursday, June 2, 2011

DONT PUSH YOUR CHILD

Assalamualaikum, salam kembali pada pembaca yang sy hormati sekalian. Kenapa entry kali ini berbunyi seperti ini? Ini kerana peristiwa yg berlaku tanggal 23 Mei 2011 benaR-benar membuatkan sy berfikir kembali setiap satu kesilapan sy terhadap Ilham. Peristiwa bermula apabila fikiran sy terlalu berkecamuk memikirkan bagaimana sy hendak meletakkan Ilham di jagaan pengasuh apabila sy mula berkerja nanti setelah 8 bulan dia bersama sy 24 jam. Ramai org di sekeliling sy menasihatkan supaya sy melatih Ilham supaya membiasakan diri tatkala berenggang dgn sy kelak berdasarkan pengalaman mereka membesarkan anak-anak mereka. Disebabkan desakan yang terlalu kuat itu, sy menjadi terlalu goyah dan agak tertekan.

Jadi apa yang telah sy lakukan, sy seolah-olah cuba ‘mengajar’ Ilham saat ditinggalkan walau pada ketika itu sy masih ada di depan matanya. Agak tidak logic bunyinya bukan? Tapi itu yg telah berlaku dan ini yg dipersoalkan oleh suami sy tatkala sy menceritakn perbuatan sy itu. Apa yg sy telah lakukan? Secara umumnya sy telah mengubah secara drastik layanan sy terhadap Ilham seperti yg sebelum ini. Seperti contoh, sy membiarkan Ilham menangis di atas buaiannya ketika tidurnya terganggu pada kadar waktu yg agak lama sehingga berlinangan air matanya. Sy menahan diri dan perasaan utk tidak memujuknya ketika itu. Ini kerana pada saat itu sy memikirkan spy tindakan sy itu dpt ‘mengajar’ dia spy tidak terlalu bergantung pd sy utk memujuknya. Sebab sy terlalu memikirkan ‘is there someone who will treat you like this in nursery?. Ayat inilah yg telah sy bebelkan pada budak yang hanya baru berusia 8 bulan. Tanpa sy sedari tindakan sy itu telah membuatkan emosinya terganggu dan seluruh harinya berlalu dengan tangisan yg agak kerap. Dan hari sy juga berlalu dgn satu tekanan yg agak besar.

Setelah malam, apabila Ilham sudah masuk tidur, sy duduk dan berbincang dgn suami menceritakan segala tindakan sy pada waktu siangnya. Suami telah menyedarkan sy bahawa sy terlalu mendesaknya untuk menjadi apa yg sy harapkan. Boleh dikatakan sy agak ‘keras’ merubah layanan sy terhadapnya. Tidak salah utk sy mendidik dan mengajarnya demi kebaikan dia, tapi bukan dalam keadaan yg dipenuhi dgn perasaan amarah dan kurang sabar. Ia haruslah melalui satu proses yang perlahan-lahan dan penuh kesabaran. Saya harus memujuknya dengan kata-kata yg lembut walaupun tidak dpt difahaminya tetapi setiap pujukan yg dilafazkan harus disertai dgn tindakan yg boleh membuatkan dia faham apa yg sedang kita cuba lakukan. Dan apabila kita lihat dia mula kurang senang dgn sesuatu tindakan kita itu, pujuknya kembali dan lakukannya semula keesokan harinya supaya dia dapat memahaminya dgn perlahan-lahan.

Like what I have said in my entry, don’t ever push your child so hard. Make it slowly and lovely. Itu yg dapat sy simpulkan. Yang mana ibu-ibu muda sekalian, especially ME, please be patient..be patient and be patient always. Dan mulakan hari anda bersama anak anak dengan senyuman dan tanpa tekanan. Hasilnya hari anda akan berakhir dgn jayanya dan penuh senyuman. sekian , jumpa lagi =)

biarkan anak-anak meneroka alam ini dgn gembira

LIFE AS A MOTHER


Ketika saya mula menulis entry pertama ini, hati sangat membuak-buak untuk menulis. Hasrat di hati untuk menulis sudah lama dirasai sebelum ini tapi keadaan pada waktu itu sangat tidak mengizinkan. Suami juga susah lama mencadangkan supaya saya menulis sesuatu untuk diluahkn apabila setiap kali dia yg menjadi tempat luahan perasaan saya. Akhirnya, peristiwa yang berlaku tanggal 23 Mei 2011 telah membuatkan saya benar-benar tekad untuk mencoretkan sesuatu. Kenapa sy ingin menulis?

Pertama supaya apa yang dicoretkan ini akan menjadi satu pengajaran buat saya pada masa hadapan daripada setiap peristiwa yg berlaku di sepanjang perjalanan sy menjadi seorang ibu.

Keduanya, bukan hanya sekadar luahan perasaan tetapi lebih kepada muhasabah diri kepada setiap perlakuan sy samada baik atau buruk terhadap anak sy, Ilham.

Ketiga, mudah-mudahan coretan sy ini menjadi manfaat kepada setiap ibu yg membaca, spt mana sy juga kadang-kadang mengambil pengajaran drpd blogger ibu di luar sana.

Memang tidak dinafikan berlaku kejutan budaya atau culture shock semasa mula-mula sy bergelar seorang ibu. Perasaan gembira, sedih, marah, kurang sabar melanda diri ini di sepanjang 8 bulan menjaga Ilham. Alhamdulillah sy punya suami yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat ketika mana sy berasakan agak stress menjaga anak. Bohong kalau sy katakan sy tidak stress dalam menjaga Ilham. Banyak pengajaran dan ilmu baru yang sy pelajari sepanjang 8 bulan ini. Insyaallah sy akan sambung pada entry yang lain supaya lebih spesifik dan teratur. Sekian dulu pengenalan sy buat kali ini.