Thursday, June 2, 2011

DONT PUSH YOUR CHILD

Assalamualaikum, salam kembali pada pembaca yang sy hormati sekalian. Kenapa entry kali ini berbunyi seperti ini? Ini kerana peristiwa yg berlaku tanggal 23 Mei 2011 benaR-benar membuatkan sy berfikir kembali setiap satu kesilapan sy terhadap Ilham. Peristiwa bermula apabila fikiran sy terlalu berkecamuk memikirkan bagaimana sy hendak meletakkan Ilham di jagaan pengasuh apabila sy mula berkerja nanti setelah 8 bulan dia bersama sy 24 jam. Ramai org di sekeliling sy menasihatkan supaya sy melatih Ilham supaya membiasakan diri tatkala berenggang dgn sy kelak berdasarkan pengalaman mereka membesarkan anak-anak mereka. Disebabkan desakan yang terlalu kuat itu, sy menjadi terlalu goyah dan agak tertekan.

Jadi apa yang telah sy lakukan, sy seolah-olah cuba ‘mengajar’ Ilham saat ditinggalkan walau pada ketika itu sy masih ada di depan matanya. Agak tidak logic bunyinya bukan? Tapi itu yg telah berlaku dan ini yg dipersoalkan oleh suami sy tatkala sy menceritakn perbuatan sy itu. Apa yg sy telah lakukan? Secara umumnya sy telah mengubah secara drastik layanan sy terhadap Ilham seperti yg sebelum ini. Seperti contoh, sy membiarkan Ilham menangis di atas buaiannya ketika tidurnya terganggu pada kadar waktu yg agak lama sehingga berlinangan air matanya. Sy menahan diri dan perasaan utk tidak memujuknya ketika itu. Ini kerana pada saat itu sy memikirkan spy tindakan sy itu dpt ‘mengajar’ dia spy tidak terlalu bergantung pd sy utk memujuknya. Sebab sy terlalu memikirkan ‘is there someone who will treat you like this in nursery?. Ayat inilah yg telah sy bebelkan pada budak yang hanya baru berusia 8 bulan. Tanpa sy sedari tindakan sy itu telah membuatkan emosinya terganggu dan seluruh harinya berlalu dengan tangisan yg agak kerap. Dan hari sy juga berlalu dgn satu tekanan yg agak besar.

Setelah malam, apabila Ilham sudah masuk tidur, sy duduk dan berbincang dgn suami menceritakan segala tindakan sy pada waktu siangnya. Suami telah menyedarkan sy bahawa sy terlalu mendesaknya untuk menjadi apa yg sy harapkan. Boleh dikatakan sy agak ‘keras’ merubah layanan sy terhadapnya. Tidak salah utk sy mendidik dan mengajarnya demi kebaikan dia, tapi bukan dalam keadaan yg dipenuhi dgn perasaan amarah dan kurang sabar. Ia haruslah melalui satu proses yang perlahan-lahan dan penuh kesabaran. Saya harus memujuknya dengan kata-kata yg lembut walaupun tidak dpt difahaminya tetapi setiap pujukan yg dilafazkan harus disertai dgn tindakan yg boleh membuatkan dia faham apa yg sedang kita cuba lakukan. Dan apabila kita lihat dia mula kurang senang dgn sesuatu tindakan kita itu, pujuknya kembali dan lakukannya semula keesokan harinya supaya dia dapat memahaminya dgn perlahan-lahan.

Like what I have said in my entry, don’t ever push your child so hard. Make it slowly and lovely. Itu yg dapat sy simpulkan. Yang mana ibu-ibu muda sekalian, especially ME, please be patient..be patient and be patient always. Dan mulakan hari anda bersama anak anak dengan senyuman dan tanpa tekanan. Hasilnya hari anda akan berakhir dgn jayanya dan penuh senyuman. sekian , jumpa lagi =)

biarkan anak-anak meneroka alam ini dgn gembira

No comments:

Post a Comment