Thursday, June 2, 2011

LIFE AS A MOTHER


Ketika saya mula menulis entry pertama ini, hati sangat membuak-buak untuk menulis. Hasrat di hati untuk menulis sudah lama dirasai sebelum ini tapi keadaan pada waktu itu sangat tidak mengizinkan. Suami juga susah lama mencadangkan supaya saya menulis sesuatu untuk diluahkn apabila setiap kali dia yg menjadi tempat luahan perasaan saya. Akhirnya, peristiwa yang berlaku tanggal 23 Mei 2011 telah membuatkan saya benar-benar tekad untuk mencoretkan sesuatu. Kenapa sy ingin menulis?

Pertama supaya apa yang dicoretkan ini akan menjadi satu pengajaran buat saya pada masa hadapan daripada setiap peristiwa yg berlaku di sepanjang perjalanan sy menjadi seorang ibu.

Keduanya, bukan hanya sekadar luahan perasaan tetapi lebih kepada muhasabah diri kepada setiap perlakuan sy samada baik atau buruk terhadap anak sy, Ilham.

Ketiga, mudah-mudahan coretan sy ini menjadi manfaat kepada setiap ibu yg membaca, spt mana sy juga kadang-kadang mengambil pengajaran drpd blogger ibu di luar sana.

Memang tidak dinafikan berlaku kejutan budaya atau culture shock semasa mula-mula sy bergelar seorang ibu. Perasaan gembira, sedih, marah, kurang sabar melanda diri ini di sepanjang 8 bulan menjaga Ilham. Alhamdulillah sy punya suami yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat ketika mana sy berasakan agak stress menjaga anak. Bohong kalau sy katakan sy tidak stress dalam menjaga Ilham. Banyak pengajaran dan ilmu baru yang sy pelajari sepanjang 8 bulan ini. Insyaallah sy akan sambung pada entry yang lain supaya lebih spesifik dan teratur. Sekian dulu pengenalan sy buat kali ini.

No comments:

Post a Comment